Lelaki diacu pistol, dipaksa kahwin
BIHAR - INDIA. Seorang lelaki mendakwa diculik, diacu pistol dan dipaksa mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali.
SCMP melaporkan jurutera, Vinod Kumar, 29, mendakwa diculik ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan kawannya.
Selain dakwaan yang dibuat Vinod, mangsa juga mempunyai rakaman video yang merakam kejadian tersebut yang kini tular di YouTube.
Dalam rakaman berkenaan, Vinod dilihat menangis sambil ditolak-tolak oleh keluarga pengantin perempuan untuk menjalani upacara perkahwinan.
Seorang wanita dipercayai dari keluarga pengantin perempuan dirakam memujuk Vinod.
Sementara itu, polis kini sedang menyiasat dakwaan Vinod, bermula semalam.
Keluarga Vinod menyokong dakwaan mangsa dan mengakui tidak mengenali keluarga pengantin perempuan terlibat.
Polis masih gagal memastikan waktu dan lokasi kejadian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment