Lafaz ikrar bebas rasuah secara sukarela

Tuesday, January 16, 2018

Lafaz ikrar bebas rasuah secara sukarela

Lafaz ikrar bebas rasuah secara sukarela

SITIAWAN - Seramai 200 kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut dengan rela hati menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Zainul Darus berkata, pada tahun ini setiap jabatan mengambil inisiatif sendiri  menandatangani IBR.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak tiga IBR telah ditandatangani melibatkan beberapa jabatan.

"Bagi tahun ini jabatan sendiri mengambil inisiatif menandatangani IBR kerana sebelum ini kita yang minta mereka sahut saranan berkenaan.

รข€œPada tahun lalu sebanyak 130 lafaz ikrar telah dijalankan melibatkan pelbagai agensi," katanya selepas Majlis Perhimpunan dan Program IBR Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak Tahun 2018 di KPSN Lumut di Kampung Acheh, Sitiawan di sini hari ini.

Katanya, pembaharuan itu mendapat sambutan menggalakkan dan dijangka lebih banyak agensi akan terlibat.

"Kita sasarkan menjelang Jun ini ia akan selesai melibatkan semua jabatan kerajaan negeri, persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kemudian kita akan buat pemantauan dan latihan berbentuk taklimat,ceramah atau konsultan bagi memantapkan jabatab terlibat untuk mengelak dari rasuah," katanya.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment