Selalunya bila bergelar selebriti penjagaan kulit sangat penting. Maklumlah, nak keluar televisyen, semuanya perlu nampak sempurna.

Sebut je nama Bella Dally, mesti ramai wanita cemburukan si cantik manis ini. Kulit putih gebu dan wajah bebas cela tiada masalah jerawat.



Jika anda mengikuti Instagram Bella Dally, semuanya dipenuhi dengan gambar percutian bersama suaminya Nazim Othman. Bila pergi bercuti, selalunya akan ada masalah kulit. Tapi kulit Bella cantik je. Apa rahsianya?

1. Tidak pernah tinggalkan rutin penjagaan kulit

Bella mengamalkan tiga langkah sebaik bangun dari tidur. Cuci muka, ‘toner’ dan krim pelembap. Jika keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria.



2. Banyak minum air suam

Minum dua gelas air suam pada waktu pagi. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.

3. Tidur cukup sangat penting

Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.

4. Kurangkan mekap

Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu.

Sumber: Karangkraf