Burung Branjangan mati ketika diseludup

Tuesday, January 16, 2018

Burung Branjangan mati ketika diseludup

Burung Branjangan mati ketika diseludup

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan (DM5) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 300 burung Branjangan di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang semalam.

Dalam tangkapan kira-kira jam 3 petang itu, seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia berusia 38 hingga 55 tahun turut ditahan.

Bagaimanapun, sejumlah 297 daripada 300 burung terbabit didapati sudah mati.

Pengarah Maritim Malaysia DM5, Kepten Maritim Amran Daud, berkata bot pihak berkuasa itu yang menjalankan tugas rondaan mengesan kehadiran sebuah bot gentian kaca pada kedudukan 4.97 batu nautika Tanjung Gabang.


ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan (DM5) memeriksa sebahagian kotak yang digunakan bagi menyimpan burung Branjangan yang dirampas selepas cuba diseludup masuk ke negara ini berhampiran perairan Tanjung Gabang, Selangor. - Foto Ihsan Maritim Malaysia

"Anggota mengesan sebuah bot di perairan negara dan sebaik dihampiri, suspek dilihat membuang semua burung dalam sangkar ke dalam laut.

"Siasatan awal mendapati, spesies burung ini disyaki dibawa dari Vietnam melalui jalan darat ke Thailand manakala negara ini dijadikan transit sebelum diseludup ke Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, burung itu adalah spesies terancam yang dilindungi di bawah Tabung Alam Sedunia (WWF) manakala kes diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Katanya, tekong dan awak-awak berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment