Institusi kewangan ambil langkah bantu pelanggan

Friday, January 5, 2018

Institusi kewangan ambil langkah bantu pelanggan

Institusi kewangan ambil langkah bantu pelanggan

KUALA LUMPUR â€" Anggota persatuan bank, syarikat insurans dan pengendali takaful mengambil pelbagai langkah untuk memastikan perkhidmatan asas kekal tersedia di kawasan terjejas banjir.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan institusi kewangan itu berkata, mereka akan terus menawarkan bantuan supaya perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan terjejas dapat beroperasi semula.

Kumpulan itu terdiri daripada Persatuan Bank-bank dalam Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, Persatuan​​​​​​​ Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia.

“Langkah yang diambil termasuk moratorium (penangguhan bayaran) bagi pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan yang memenuhi kriteria, serta penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman/pembiayaan.

“Terdapat juga pengecualian bayaran bagi penggantian kad bayaran seperti kad Juruwang Automatik (ATM), kad kredit dan kad debit yang hilang dan rosak akibat banjir, serta permohonan Skim Penyelesaian Hutang Kecil bagi PKS yang mengalami masalah kewangan (pembiayaan terjejas),” menurut kenyataan itu.

Syarikat insurans dan pengendali takaful mempergiatkan usaha untuk membantu mangsa banjir​​​​​​​  dengan mempercepatkan proses tuntutan selain fleksibel bagi penyerahan dokumen berkaitan yang mungkin rosak, serta menyediakan keanjalan bayaran premium (selain insurans kenderaan yang bersifat Pembayaran Tunai Sebelum Perlindungan).

“Usaha itu juga merangkumi pengurangan faedah bagi Polisi Pinjaman dan Pinjaman Premium Automatik, pengecualian bayaran bagi penggantian polisi dan kad perubatan,” menurut kumpulan itu, dan menambah, keutamaan akan diberikan kepada semua permintaan untuk bantuan daripada pelanggan di kawasan terjejas banjir. â€"Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment