Ifa Raziah buat laporan polis terhadap Roslan Shah

Tuesday, January 16, 2018

Ifa Raziah buat laporan polis terhadap Roslan Shah

Ifa Raziah buat laporan polis terhadap Roslan Shah

SELEBRITI, Ifa Raziah hari ini membuat satu laporan polis terhadap seorang pengacara popular dari Singapura, Roslan Shah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Penyanyi itu tiba ke di IPD Sentul kira-kira jam 5.40 petang dengan ditemani oleh peguam dan pembantu beliau.

Difahamkan, sebelum ini Roslan telah membuat satu laporan polis di Johor Bahru selepas  mendakwa dirinya menerima ugutan tembak daripada seorang individu bernama 'Bob' yang kononnya diupah oleh Ifa.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ifa berkata pihaknya merasa amat terkejut apabila dihubungi oleh anggota polis dari Johor Bahru sekitar jam 8 pagi tadi bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

"Susulan itu, saya telah mengambil keputusan untuk membuat satu laporan polis berikutan daripada dakwaan Roslan yang tidak masuk akal tersebut," katanya kepada pemberita.

Ifa berkata, laporan polis yang dibuat olehnya itu adalah bagi membolehkan tindakan dapat diambil terhadap Roslan berikutan daripada keterangan palsu yang dibuat olehnya sebelum ini.

Menurut Ifa, lelaki bernama Bob yang dimaksudkan oleh Roslan itu juga bukannya merupakan seorang penjenayah namun dia adalah seorang pengurus artis dari Malaysia.

"Saya datang kerana tak puas dengan laporan Roslan yang menjatuhkan imej saya sebagai seorang artis dengan melabel saya sebagai penjenayah.

"Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan untuk mengancam nyawa dia kerana sebelum ini saya cuma mahu pihak sana datang membuat permohonan maaf sahaja,"katanya.

Dalam pada itu, Ifa berkata pihaknya dikehendaki untuk memberi keterangan kepada polis Johor Bahru yang akan hadir ke IPD Sentul pada jam 3 petang esok (Rabu).

Tambah Ifa, beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat diambil terhadap Roslan selepas ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment