Hina Sultan Pahang: Pembangkang diberikan tempoh 24 jam
KUANTAN - Pemuda Umno Pahang mencabar parti pembangkang negeri ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam tempoh 24 jam bermula jam lima petang ini.
Ia berikutan isu penghinaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terhadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.
Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan Mahfuz itu bukan melibatkan aspek politik sebaliknya membabitkan institusi beraja.
รขSemua rakyat di negeri ini perlu bersatu padu dan ia juga membabitkan parti pembangkang di negeri ini. Kami bersama parti Umno, anak muda dan NGO menyifatkan tindakan beliau (Mahfuz) sebagai kurang ajar dan bodoh kerana mengaitkan Sultan Pahang dalam ceramahnya.
"Kami kesal dengan tindakan beliau sebagai ahli politik yang senior dan menggesa tindakan tegas diambil mengikut Akta Hasutan 1948, "katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.
Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam lima petang hari ini bersama empat bahagian iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Cameron Highlands serta enam NGO lain.
Laporan itu dibuat berikutan tersebar klip video ceramah Mahfuz menerusi aplikasi WhatsApp yang mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 93 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment