Harapan mula tunjuk belang sebenar
KOTA BHARU - Keputusan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dilihat seolah-olah tidak berlakunya kedinamikan politik yang di canang, termasuklah wujudnya satu bentuk legasi hegemoni politik.
Penganalisis Politik, Suhaimee Sahar berkata, malah keputusan Harapan dalam menentukan bilangan kerusi yang akan dipertandingkan di PRU14 jelas telah menimbulkan persoalan, ketidakpuasan dan kekeliruan mengenai hala tuju sebenar politik yang di dokong mereka.
âPersoalan yang utama perlu ditanya oleh pengundi adalah apakah sebenar agenda utama politik mereka?
"Beberapa keputusan drastik dan mengejut cuba menunjukkan dominasi politik sedang dilakukan sama ada secara senyap ataupun nyata melalui peletakan proksi politik yang akan mengawal politik Malaysia sekiranya mereka memenangi pilihan raya akan datang,â katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi yang tidak mempunyai pemahaman dan pengetahuan politik.
"Ini sekaligus akan terpedaya dengan mainan politik serta silap mata yang digunakan bagi mengaburi, menutup hati dan minda tentang ketidaktelusan mereka dalam menentukan pengagihan kerusi itu," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment