Selain dari Iqram Dinzly yang dikatakan berperangai pelik sejak akhir akhir ini, kami sebenarnya lebih pelik dengan perangai seorang lagi selebriti yang boleh dikatakan agak kerap melontarkan kenyataan kurang bijak di media sosial

Terbaru, Fathia Latiff dilihat telah meninggalkan komen di akaun Instagram Iqram Dinzly ketika pelakon lelaki itu sedang mengadakan sesi live bersama para peminatnya.



“Takde scene bunuh diri ke? Pergi bunuh diri,” tulis Fathia Latiff dalam dua komen berbeza.

What the…



Mungkin Iqram Dinzly ada buat kesalahan secara peribadi kepada Fathia Latiff (mungkin), tetapi tindakan menyeru untuk membunuh diri seakan tidak boleh diterima akal.

Kita tunggu sahaja apa kenyataan sebenar dari Fathia Latiff berhubung insiden ini — jangan asyik asyik kata akaun media sosial digodam. Bosan. (rtky/m)