Dua kampung di Dungun mula dilanda banjir

Monday, January 1, 2018

Dua kampung di Dungun mula dilanda banjir

Dua kampung di Dungun mula dilanda banjir

hanneeyzah@bh.com.my

DUNGUN: Hujan lebat dengan kerap menyebabkan dua kampung di daerah ini mula dilanda banjir, sekali gus dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terpaksa berpindah.

Dua PPS yang dibuka sejak jam 6 petang tadi kini menempatkan seramai 55 mangsa daripada 20 keluarga sehingga jam 8 malam ini.

Daripada jumlah itu, 49 mangsa daripada daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, manakala enam mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Jurucakap Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat Dungun, berkata jumlah mangsa dijangka meningkat dan ada penduduk yang masih dalam proses berpindah.

"Hujan lebat yang kerap sejak pagi tadi menyebabkan kediaman penduduk di kawasan hulu ini dinaiki air sehingga setinggi satu meter.

"Malah, paras air sungai juga menunjukkan peningkatan dan kita jangka lebih ramai penduduk akan berpindah," katanya.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja melepasi paras bahaya pada 38.18 meter (m) berbanding 34m.

Dalam pada itu, lima lagi stesen sungai mencatatkan bacaan menghampiri paras amaran iaitu Sungai Besut di Kampung La pada 20.22m menghampiri 20.80m; Sungai Nerus di Kampung Langkap (20.37m/20.75m); Sungai Telemong di Kuala Ping (17.72m/18.70m); Sungai Berang di Kampung Menerong (23.72m/23.80m) dan Sungai Dungun di Kampung Jengal (19.56m/20.25m).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment