Sungai Besar: âAbah di mana? Pulanglah, kakak amat memerlukan abah sebagai wali pernikahan pada Mac nanti,â kata Siti Rasmona Mohd Rosli, 24, bakal pengantin yang merayu bapa kandungnya pulang selepas menghilangkan diri sejak empat tahun lalu.
Mohd Rosli Mindek, 49, didakwa dilihat kali terakhir oleh keluarga ketika sambutan Aidilfitri di Kampung Nelayan di sini, pertengahan tahun lalu.
Siti berkata, dia tinggal bersama ibunya, Rita Salwa Basumi, 48, yang berpisah dengan bapanya itu sejak sembilan tahun lalu.
âSejak itu, kami tidak lagi bertemu dan usaha menjejaki lokasi abah menemui jalan buntu kerana tidak mempunyai maklumat terperinci mengenainya.
âSaya cuba menghubungi nombor telefonnya namun sudah tidak aktif. Malah, keluarga sebelah abah juga tiada mendengar khabar berita mengenainya,â katanya di sini, semalam.
Menurutnya, Mohd Rosli didakwa berada di Johor namun tiada kesahihannya selain lokasi sebenar bagi menjejakinya.
âOleh kerana saya masih melanjutkan pengajian dan kekangan waktu, ia menghalang saya mengesan abah,â kata penuntut tahun akhir Sarjana Muda Khidmat Sosial di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu.
Justeru, dia meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bapanya itu supaya menghubunginya di talian 014-7052911.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment