Banjir: Tujuh pusat pemindahan ditutup di Johor
Banjir: Tujuh pusat pemindahan ditutup di Johor
sumber: sinarharian
Banjir: Tujuh pusat pemindahan ditutup di Johor
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata pada pagi tadi, sebanyak 13 PSS masih dibuka untuk menempatkan seramai 1,360 mangsa daripada 371 keluarga.
Bagaimanapun, disebabkan cuaca yang semakin baik, tujuh PPS di Mersing telah ditutup pada 2.30 petang tadi, menjadikan kini hanya enam PPS yang masih beroperasi, katanya dalam kenyataan di sini.- Bernama
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment