Banjir di Tongod beransur surut

Monday, January 1, 2018

Banjir di Tongod beransur surut

Banjir di Tongod beransur surut

KINABATANGAN: Banjir di lima kampung di Tongod, dekat sini, beransur surut dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara berkurangan kepada 302 malam ini, berbanding 393 orang, petang semalam.

Banjir kilat kira-kira jam 2 petang semalam, disebabkan limpahan air sungai berhampiran kampung berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata mangsa banjir yang masih di pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Penangah adalah seramai 69 keluarga.

"Semua 302 mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara setakat jam 9 malam ini adalah dari lima kampung iaitu Kampung Seri Menanti, Batong, Pamanawan, Penangah Dalam dan Dewara," katanya menerusi kenyataannya di sini.

Petang semalam, seramai 393 penduduk Kampung Penangah, Tongod, Kinabatangan, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan banjir kilat sejak jam 2 petang.

Sementara itu katanya, pemantauan di kawasan terjejas banjir mendapati paras air Sungai Penangah semakin surut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment