Operasi cari tiga sekawan lemas di sungai

Monday, January 1, 2018

Operasi cari tiga sekawan lemas di sungai

Operasi cari tiga sekawan lemas di sungai

REMBAU - Pasukan penyelamat kini sedang menjalankan operasi mencari tiga sekawan lelaki berusia 12 hingga 15 tahun yang dipercayai lemas di Sungai Pedas di Kampung Sungai Merbau 9, di sini, lewat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 6.52 petang dan bergegas ke lokasi serta tiba pada jam 6.56 petang.

Menurutnya, kira-kira 30 anggota bomba dari tiga balai bomba dan penyelamat iaitu di Rembau, Telok Kemang dan Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi pencarian.

"Unit Scuba juga digunakan bagi membantu operasi pencarian ini. Kita akan meneruskan operasi sehingga 12.30 tengah malam dan operasi akan bersambung semula pada jam 7.30 pagi.

Sinar Harian difahamkan salah seorang mangsa telah ditemui di dasar sungai kira-kira jam 10.00 malam.

Pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kini sedang meneruskan operasi pencarian.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment