Amanah tidak mampu ganti Pas
KOTA BHARU - 27 kerusi yang diperuntukkan kepada Amanah tidak cukup menggambarkan hasrat asal penubuhan parti, apalagi mahu mencabar Pas.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, objektif Amanah adalah untuk menggantikan tempat dalam Pas di dalam Pakatan Harapan, tetapi pengagihan kerusi itu tidak menggambarkan hasrat tersebut.
âDalam PRU lalu, 65 kerusi parlimen yang ditandingi, hanya 25 kerusi yang diberikan kepada Amanah, manakala 35 kerusi lagi kepada Bersatu, empat PKR dan 1 DAP.
âDakwaan Amanah pengganti Pas diragui pelbagai pihak kerana pengganti Pas tidak sepatutnya diberikan tidak sampai separuh kerusi,â katanya.
Kamarul Zaman mengulas pengumuman Muafakat Pakatan Harapan 8 Januari lalu yang menyaksikan Amanah mendapat kerusi tercorot berbanding parti-parti lain dalam Harapan.
Kata penganalisis politik itu, Bersatu sebagai sebuah parti terbaru tidak sepatutnya cuba menjadi abang besar dalam Harapan, apatah lagi dengan segala permasalahan yang dihadapinya dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung penubuhannya.
âTindakan Bersatu mengambil kedua-dua kerusi Pas di Wilayah Persekutuan dan di Perlis untuknya sehingga Amanah langsung tidak dapat bertanding di situ menunjukkan ketamakan Bersatu, namun peliknya pemimpin Amanah sendiri boleh bersetuju dengan hal ini.
âSemua ini menunjukkan para pemimpin Amanah tidak tegas di dalam mempertahankan kepentingan parti mereka menyebabkan mereka diperbudak-budakkan oleh parti-parti lain sekali gus menyebabkan masa depan Amanah dijangka sangat suram.
âSaya boleh memahami bila pemimpin bawahan Amanah berduka dan kecewa atas layanan teruk yang mereka terima ini, malah di Wilayah Persekutuan sampai ada yang dilaporkan menangis, kerana ia berkait dengan masa depan Amanah.
âPresiden Amanah, Mohamad Sabu, boleh sahaja menyatakan bahawa Amanah akan memenangi kesemua 27 kerusi yang diberi kepada mereka demi memujuk para penyokong, tetapi realitinya sangat mustahil mereka menang kesemuanya.
âLayanan teruk terhadap Amanah dalam soal agihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia ini sepatutnya mampu menyedarkan sebahagian pendokongnya betapa perjuangan Islam yang cuba mereka bawa sukar terlaksana melalui Harapan.
âJika kita lihat di negeri sasaran Amanah seperti Kelantan sekalipun, Amanah hanya diberi lima daripada 14 kerusi Parlimen, sedangkan ramai yang tahu Bersatu yang membolot kerusi tidak mempunyai pemimpin dan jentera yang kuat pun di negeri itu.
âPerlu diingat, jika masa depan Amanah dilihat berada di awang-awangan, masa depan Harapan juga akan terjejas sama kerana sudah tentu penyokong Amanah tidak akan beri komitmen penuh kepada rakan-rakan mereka,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment