702 majikan mohon pembantu rumah asing melalui SMO

Tuesday, January 2, 2018

702 majikan mohon pembantu rumah asing melalui SMO

702 majikan mohon pembantu rumah asing melalui SMO

PUTRAJAYA - Seramai 702 majikan telah mendaftar masuk permohonan menggajikan pembantu rumah asing (PRA) melalui Sistem Maid Online (SMO) yang memulakan operasinya semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 25,719 pelawat laman web SMO melalui capaian http://maid-online.imi.gov.my/maid/main  sehingga 12 tengah hari ini.

Menurutnya, terdapat juga majikan yang tidak dapat menyelesaikan proses pendaftaran kerana mereka perlu melengkapkan syarat-syarat permohonan PRA mereka.

"Setakat ini laman web ini dapat di akses dengan mudah dan pelawat laman web oleh membuat penelitian terlebih dahulu, memahami syarat-syarat serta prosedur permohonan pembantu rumah, mendapat maklumat asas dan terperinci sebelum memulakan proses pendaftaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SMO disediakan oleh Jabatan Imigresen berikutan pengumumam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pengumuman Bajet 2018 tentang kemudahan memohon pembantu rumah asing secara atas talian tanpa perlu melalui ejen bermula 1 Jan ini.

Sepanjang tempoh SMO beroperasi, Mustafar berkata pihaknya telah dapat mengesan beberapa ralat dalam langkah-langkah pendaftaran semasa majikan mula memasukkan data pendaftaran, dan penambahbaikan serta-merta telah dilakukan bagi memastikan perjalanan pendaftaran dan operasi SMO berjalan lancar.

Katanya SMO itu disediakan untuk kemudahan majikan yang ingin memohon pembantu rumah asing dengan cepat, tepat dan jimat tanpa melalui ejen dan bagi majikan yang tidak mahu menggunakan sistem ini, mereka masih boleh mendapatkan khidmat dari agensi-agensi PRA yang berdaftar.

Beliau turut mengingatkan majikan supaya membuat persediaan yang sepatutnya dan menyediakan dokumen yang lengkap sebelum memulakan proses pendaftaran PRA melalui SMO bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Mustafar baru-baru ini dilaporkan berkata proses penggajian pembantu rumah asing (PRA) dalam talian melalui Sistem Maid Online (SMO) akan mengambil masa seawal lapan hari sahaja. รข€" Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment