Trump puji Jong-un

Tuesday, June 12, 2018

Trump puji Jong-un

Trump puji Jong-un

SINGAPURA - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membuat komitmen tidak berbelah bahagi untuk melaksanakan gencatan penuh senjata nuklear di Semenanjung Korea, namun sekatan ke atas Pyongyang masih kekal.

Tambah Trump, kedua-dua pemimpin juga bersiap sedia memulakan sejarah baharu dan menulis piagam baharu antara dua negara.’

Pada masa sama beliau menaruh harapan Perang Korea akan tamat tidak lama lagi.

“Kini kita boleh berharap ia akan tamat tidak lama lagi,” kata Trump mengakui perang Korea 1950-53 dihentikan dengan gencatan senjata dan bukan perjanjian damai. - CNA



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment