Rashford bikin bimbang

Wednesday, June 13, 2018

Rashford bikin bimbang


PENGURUS England, Gareth Southgate mengesahkan penyerang Marcus Rashford mengalami kecederaan kecil pada sesi latihan terakhir bagi kempen Piala Dunia di Russia semalam.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 13 gol untuk Manchester United dalam semua kejohanan musim lalu dan dilihat berada dalam skuad utama Southgate selepas menyerlah dalam aksi pemanas badan termasuk jaringan menarik menentang Costa Rica.

"Marcus mengalami sedikit hentakan di kakinya namun tidak terlalu serius jadi kami perlu melihat situasi ini menjelang sesi latihan esok yang dibuka untuk semua orang," kata Southgate kepada media British.

"Kami masih ada masa lagi untuk membuat persiapan dan persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan ini sengit."

Southgate masih belum memuktamadkan barisan kesebelasan utamanya menjelang aksi pembukaan Piala Dunia menentang Tunisia Isnin ini dengan menyatakan "Satu atau dua tempat dalam pasukan ini masih sukar ditentukan" di mana akan diputuskan apabila latihan diteruskan di Repino.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment