Putera Kemboja cedera kemalangan kereta

Sunday, June 17, 2018

Putera Kemboja cedera kemalangan kereta

Putera Kemboja cedera kemalangan kereta

PHNOM PENH - KEMBOJA. Seorang putera Kemboja yang juga bekas perdana menteri cedera selepas terbabit dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di barat daya negara itu hari ini.

Putera Norodom Ranariddh dan isteri, Ouk Phalla dikejarkan ke hospital selepas sebuah teksi yang datang dari arah bertentangan merempuh konvoi beliau.

"Sebuah teksi yang sarat muatan merempuh konvoi itu sebelum melanggar kereta yang dinaiki putera dan isterinya," kata pegawai dari parti politik Ranariddh kepada AFP.

Ranariddh, 74, sedang dalam perjalanan dari Kampot ke Preah Sihanouk untuk kempen pilihan raya negara itu yang dijadual berlangsung pada 29 Julai.

Ketua Polis wilayah Preah Sihanouk, Chuon Narin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mengesahkan kecederaan yang dialami.- AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment