Potong gaji 10%, Guan Eng puji Ketua Menteri, Exco
SHAH ALAM - Menteri Kewangan Lim Guan Eng memuji tindakan Ketua Menteri dan Exco Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji mereka untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Menerusi catatan di Facebooknya, Guan Eng berkata, pemotongan tersebut diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.
âSaya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang, seperti yang diumumkan Chow (Kon Yeow) yang bakal potong gaji masing-masing (Ketua Menteri dan barisan Exco) sebanyak 10 peratus untuk disumbangkan kepada THM.
âBukan sahaja negeri Pulau Pinang, bahkan negeri-negeri lain di bawah Pakatan Harapan (Harapan) yang menyokong usaha murni Kerajaan Persekutuan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terima kasih diucapkan,â katanya.
Tabung tersebut telah mengumpul sejumlah RM18.6 juta sehingga jam 3 petang, semalam.
Pada 30 Mei lalu, Guan Eng mempelawa rakyat Malaysia yang ingin menyumbang ke THM bagi menangani masalah hutang negara.
Beliau berkata, penubuhan tabung itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.
Sumbangan boleh dilakukan menerusi akaun Maybank 566010626452.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Harapan Malaysia kutip RM7juta dalam satu hari]
[ARTIKEL BERKAIATAN: Tabung Harapan Malaysia dari rakyat untuk negara]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment