Patriot gesa siasat lantikan Panglima ATM baharu

Sunday, June 3, 2018

Patriot gesa siasat lantikan Panglima ATM baharu

Patriot gesa siasat lantikan Panglima ATM baharu

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan pegawai kanan tentera seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

Presidennya Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, kebocoran maklumat itu yang turut menyatakan tentang kemungkinan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu melanggar kerahsiaan dokumen Majlis Angkatan Tentera (MAT).   

“Jika kerahsiaan dokumen MAT boleh bocor, dokumen pertahanan sulit yang lain juga boleh bocor dan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini.

Akhbar antara lain melaporkan, MAT bersetuju Zulkifli dilantik sebagai PAT ke-20 menggantikan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkuat kuasa 20 Jun ini.

Selain itu, turut tular senarai penuh kenaikan pangkat beberapa pegawai kanan tentera. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment