KJ sah tanding jawatan Presiden Umno

Sunday, June 17, 2018

KJ sah tanding jawatan Presiden Umno

KJ sah tanding jawatan Presiden Umno

SHAH ALAM - “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirrahim,”.

Demikian tulis Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di samping memuat naik borang pencalonan jawatan Presiden Umno di Instagram miliknya, khairykj, hari ini.

Tindakan Ahli Parlimen Rembau itu juga menyaksikan beliau sudah bersedia untuk memasuki gelanggang menentang veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seorang lagi yang dikhabarkan akan bertanding jawatan berkenaan adalah ahli perniagaan dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.

Posting terbaru itu sedikit sebanyak merungkai tanda tanya di mana sebelum ini Ahli Parlimen Rembau itu dikhabarkan bakal bertanding jawatan lebih tinggi daripada Naib Presiden Umno.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahawa Khairy adalah calon terbaik untuk jawatan itu kerana Umno kini dianggap sebagai parti dalam kekacauan dan tidak ada arah dalam perjuangannya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment