Kerajaan negeri pertimbang peruntukan Adun pembangkang

Monday, June 11, 2018

Kerajaan negeri pertimbang peruntukan Adun pembangkang

Kerajaan negeri pertimbang peruntukan Adun pembangkang

KUANTAN - Kerajaan negeri akan mempertimbangkan samada perlu menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Adun pembangkang di negeri ini atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun ia akan diputuskan selepas mengambil kira kedudukan kewangan negeri.

“Kita sedang fikir.. dan ia bergantung kepada kedudukan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meraikan hampir 2,000 pelajar dan kakitangan Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dalam satu majlis berbuka puasa, sebentar tadi.

Sebelum ini, beberapa negeri yang dipimpin Pakatan Harapan mengiktiraf peranan pembangkang dengan memberi peruntukan kepada semua Adun.

Turut disampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar di kalangan golongan asnaf di institut itu.

Datuk Seri Wan Rosdy juga melancarkan Program Halaqah yang dijalankan bagi memastikan semua graduan UCYP celik al-Quran.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi UCYP Prof Datuk Dr Abdul Monir Yaacob dan Pengarah Urusan UCYP Datuk Norhishamuddin Yaacob.

Program itu diserikan dengan tazkirah oleh penceramah bebas dari Lebanon, Al-Habib Syeikh Dr Omar Muhammad Kalash As-Syafie.

Syeikh Dr. Omar juga mengetuai solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment