BEKAS penyerang Brazil, Ronaldo percaya sudah tiba masanya buat pasukan itu memenuhi impian negaranya menamatkan penantian selama 16 tahun bagi menjulang Piala Dunia di Russia tahun ini.
Skuad Brazil dikendalikan Tite, hadir ke Russia sebagai pasukan pilihan akan bertemu Switzerland, Costa Rica dan Serbia dalam aksi Kumpulan E.
âBagi saya pasukan pilihan sudah tentulah Brazil. Bukan sebab saya berasal dari Brazil tapi kerana Brazil bermain dengan baik,â kata Ronaldo yang menjadi penjaring terbanyak ketika Brazil menjulang Piala Dunia pada 2002.
âSepanyol juga bermain dengan baik dan Jerman sentiasa satu pasukan yang kuat.
âTapi Piala Dunia adalah kejohanan yang sukar dan kerana ia juga membabitkan cabaran dari Argentina yang mempunyai barisan handalan. Perancis pula membariskan barisan pemain muda.
âSaya harap Brazil akan menang. Sudah lama kami menantinya sejak dari 2002 dan saya rasa inilah masanya.â
Juara dunia lima kali itu akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland Ahad ini.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment