Jumlah penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Kota Bharu-Kuala Lumpur meningkat

Tuesday, June 12, 2018

Jumlah penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Kota Bharu-Kuala Lumpur meningkat


KOTA BHARU: Sejumlah 65 penerbangan sehari dari Kuala Lumpur ke Kelantan sejak dua minggu ini bagi membawa pulang anak perantau pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pengurus Besar Malaysia Airport Berhad (MAB), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Abdul Halim Othman, peningkatan dari 45 penerbangan pada hari biasa ini disebabkan permintaan tinggi perjalanan dua hala Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Kota Bharu-Kuala Lumpur.
Katanya, sejumlah 5,000 penumpang dicatatkan dalam tempoh dua minggu ini berbanding sekitar 3,500 penumpang sehari yang menggunakan pelbagai penerbangan.

"Sepanjang tempoh dua minggu bermula 8 Jun hingga 19 Jun ini, LTSIP telah mengalami peningkatan penerbangan sebanyak 65 penerbangan dalam tempoh 14 hari sehari lima penerbangan tambahan berjumlah 45 penerbangan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, waktu kemuncak penerbangan di LTSIP ialah dari jam 7 hingga 9 pagi; 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 8.30 malam.

Selain itu, ujar beliau, penerbangan domestik di LTSIP, Kota Bharu juga adalah yang tetringgi di Malaysia.

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment