Guatemala mohon perlindungan sementara

Monday, June 25, 2018

Guatemala mohon perlindungan sementara

Guatemala mohon perlindungan sementara

GUATEMALA CITY - GUATEMALA. Presiden Jimmy Morales, mengarahkan Kementerian Luar Guatemala untuk mengemukakan permohonan kepada Amerika Syarikat supaya memberi status perlindungan sementara kepada pendatang dari negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Guatemala, Marta Larra berkata, keputusan diambil berikutan beberapa siri letupan gunung berapi baru-baru ini yang menjejaskan kehidupan rakyat.

"Permohonan itu adalah berikutan letupan gunung berapi Fuego yang melanda negara ini," katanya.

Gunung berapi Fuego yang meletus sejak 3 Jun lalu, setakat ini, sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 112 mangsa dan menyebabkan ribuan lagi penduduk hilang tempat tinggal. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment