Dihempap dahan: Keluarga mangsa dapat faedah Perkeso

Monday, June 25, 2018

Dihempap dahan: Keluarga mangsa dapat faedah Perkeso

Dihempap dahan: Keluarga mangsa dapat faedah Perkeso

MELAKA TENGAH - Waris kepada Intan Syahira Ahmad Safri, 23, gadis yang maut ditimpa dahan pokok hiasan di Jalan Ayer Keroh Lama, pada 20 Jun lalu, bakal menerima Faedah Orang Tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Negeri Melaka, Fadhilah Hamil berkata, pihaknya akan menguruskan faedah tersebut dalam masa terdekat di bawah Skim Bencana Kerja.

“Setelah siasatan di buat mendapati arwah dihempap dahan pokok di jalan raya sewaktu dalam perjalanan dengan menunggang motosikal dari rumah sewanya di Bukit Beruang menuju ke tempat kerja di Taman Tasek Utama.

“Kes ini disahkan sebagai Bencana Kerja dan warisnya iaitu kedua ibu bapa akan memperoleh faedah seumur hidup, manakala adik-beradik arwah akan menerima manfaat itu sehingga usia mencecah 21 tahun,” katanya.

Fadhilah berkata, pada 22 Jun lalu, kira-kira jam 11 pagi, Skuad Prihatin Perkeso Melaka menemui majikan mangsa bagi mendapatkan segala butiran dan dokumen.

“Pada jam 2.45 petang hari yang sama, Skuad Prihatin Perkeso bersama saya selaku Pengarah Perkeso Melaka telah ke rumah arwah di Taman Halacara Baru, Londah Gemas, Negeri Sembilan untuk penyerahan cek Faedah Pengurusan Mayat,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 20 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, Intan Syahira menunggang motosikal SYM dari Bukit Beruang ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, untuk masuk kerja, dalam keadaan hujan lebat dan berangin.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa telah ditimpa dahan pokok hiasan di bahu jalan yang patah dipercayai akibat ribut serta meninggal dunia di tempat kejadian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment