Tetap semangat walaupun hilang kaki
MELAKA TENGAH - "Saya perlu kuat dan saya mahu berjaya sebab keluarga saya bukan orang senang," kata seorang kanak-kanak yang juga bekas pesakit kanser tulang, Ho Pei Yun, 12.
Pei Yun anak bongsu dari tiga beradik sebelum itu telah beberapa tahun mengidap kanser berkenaan, sebelum kaki kirinya terpaksa dipotong pertengahan tahun lalu.
Pei Yun berkata, walaupun tahun ini pertama kali dia menyambut Tahun Baru Cina dengan hanya sebelah kaki dan bertongkat, namun semua itu tidak melunturkan semangatnya untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga dan rakan-rakan.
Malah menurutnya, dia juga tidak mahu kekurangan itu menjadi penghalang untuk dia berjaya dan berazam untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
"Sejak dah boleh bersekolah seperti biasa, saya tetap datang ke sekolah walaupun terpaksa menggunakan tongkat.
"Mula -mula memang susah, tapi rakan banyak membantu dan mereka ada temankan dan pimpin saya termasuk ke bilik air, selain cikgu-cikgu banyak beri semangat," katanya yang menetap di Krubong.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SJKC) Cheng, Pang Ah Choon berkata, semangat positif yang ada pada Pei Yun itu membuatkan dia kuat untuk menempuh dugaan berat dalam usia begini dan dia juga antara pelajar cemerlang sekolah itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment