Sinabung bebaskan debu, asap tebal

Monday, February 19, 2018

Sinabung bebaskan debu, asap tebal

Sinabung bebaskan debu, asap tebal

KARO - INDONESIA. Gunung berapi Sinabung meletus, semalam dan membebaskan debu serta asap tebal setinggi 5,000 meter (m) ke udara hingga memaksa pegawai kerajaan mengedarkan topeng muka kepada penduduk sekitar.

Ketua agensi vulkanologi, Kasbani berkata, ia adalah letusan paling kuat pada tahun ini.

"Kami meminta penduduk tidak keluar dari rumah masing-masing untuk mengelakkan masalah pernafasan. Di beberapa kampung, jarak penglihatan adalah hampir 5 m," kata jurucakap agensi mitigasi bencana tempatan, Nata Nail Perangin-angin.

Menurutnya lagi, tekanan di dalam kawah itu dikhuatiri akan meruntuhkan kubahnya.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kematian dilaporkan dalam insiden itu walaupun ratusan rumah di luar zon bahaya tujuh kilometer diselaputi debu.

Pada 2016, tujuh dilaporkan terbunuh selepas ia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun kira-kira lapan tahun lalu. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment