PRU14MIC sudah serah senarai nama calon lengkap kepada PM

Monday, February 19, 2018

PRU14MIC sudah serah senarai nama calon lengkap kepada PM


Presidennya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, senarai yang mewakili 60 peratus calon muda dan 40 peratus lagi muka lama, telah dikemukakan pada dua minggu lalu untuk proses saringan.

Katanya, sekarang terserah kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan muktamad.

"MIC sudah kenal pasti calon yang akan mewakili parti bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Senarai calon lengkap telah dikemukakan kepada Datuk Seri Najib untuk proses saringan. Jadi, kita akan membuat pengumuman rasmi selepas Perdana Menteri membuat keputusan muktamad," katanya pada sidang akhbar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment