Melaka rancang bina hospital di Hang Tuah Jaya

Monday, February 26, 2018

Melaka rancang bina hospital di Hang Tuah Jaya

Melaka rancang bina hospital di Hang Tuah Jaya

ALOR GAJAH - Kerajaan  negeri Melaka merancang membina sebuah hospital baharu dengan anggaran kos RM1 bilion di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya dekat sini dalam  usaha mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka.

Ketua Menteri,  Datuk Seri Idris Haron berkata projek itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia seterusnya dengan proses pembinaan dijangka bermula pada penggal selepas pilihan  raya umum nanti.

รข€œKerajaan  merancang membina hospital baharu itu bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan rakyat terus dijaga." katanya kepada pemberita semasa mengunjungi kediaman lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun di sini, hari ini.

Beliau berkata, Hospital Melaka dilihat semakin sukar menampung keperluan kesihatan rakyat yang semakin meningkat.

"Pada  masa ini, Hospital Melaka hanya mempunyai sekitar 800 katil tetapi ia terpaksa menampung keperluan hampir 1 juta orang menyebabkan hospital itu sentiasa sesak," katanya.

Bangunan asal Hospital Melaka dibina sekitar 1930-an dan hospital itu mendapat bangunan baharu pada 1999.

Idris berkata, hospital baharu di Bandar Hijau itu akan dibina di kawasan seluas  48 ekar dan bakal menjadi  hospital utama manakala hospital sedia ada akan ditukar fungsi menjadi hospital daerah Melaka Tengah, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

"Kita lihat bangunan hospital sedia ada tidak mempunyai struktur bangunan tinggi...paling tinggi pun hanya empat tingkat. Jadi, (hospital) memerlukan keluasan lebih besar untuk menampung lebih banyak katil.

"Jika bina hospital baharu, jumlah katil (di hospital lama) dapat dikurangkan dan beban itu akan kita agihkan ke hospital baharu bagi menampung jumlah pesakit yang ramai," katanya.

Dalam pada itu, kunjungannya sempena Tahun Baru Cina disambut mesra oleh anggota keluarga Soh.

Turut hadir Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong dan Adun Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab Ab Latip. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment