Kerajaan tidak lepas tangan isu sara hidup

Monday, February 19, 2018

Kerajaan tidak lepas tangan isu sara hidup


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mengadakan pelbagai pendekatan malah turut campur tangan dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

“Apabila timbul isu kenaikan harga barang dan yang berkaitan kos sara hidup, kerajaan tidak melepaskannya kepada penggu­na untuk mengambil tindakan tetapi ada campur tangan daripada kerajaan.

“Kementerian Perdagangan Da­lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) misal­nya mengadakan program turun harga. Selain Sentuhan Rakyat terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang juga fokus untuk mengurangkan harga serta mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman; Ketua Wanita UMNO Bera, Datuk Sabariah Saidan; Ketua Pemuda UMNO Bera, Mohd. Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri UMNO bahagian itu, Salmiah Abdul Rahman.

Menurut Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, kerajaan sentiasa memastikan rakyat tidak terbeban dan mendapat pembe­laan yang terbaik.

Kata beliau, pelbagai program bagi membantu dan mengurangkan beban rakyat dilaksanakan kerajaan dari semasa ke semasa berbanding pembangkang yang tidak berbuat apa-apa.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment