Warga PPM turun padang
POLITEKNIK Merlimau Melaka (PMM), Jasin membantu golongan memerlukan di negeri ini, khususnya dalam aspek bantuan baik pulih rumah menerusi program Touch Point Cabinet Away Fasa ke-2 2017.
Pengarah PMM, Rashidah Mustapa berkata, program anjuran Jabatan Perdana Menteri itu melibatkan 23 buah rumah di Ayer Molek, Peringgit, Sungai Putat dan Serkam, sekali gus menjadi medium terbaik bagi siswa PMM untuk melatih diri dengan khidmat masyarakat.
Beliau berkata, program terbabit menarik penglibatan 160 pelajar dan 60 kakitangan PMM.
"Ini merupakan inisiatif kita untuk memupuk semangat prihatin dalam diri pelajar, khususnya terhadap insan-insan yang kurang bernasib baik.
âMeskipun sibuk terhadap tugasan sebagai pelajar, namun kerja-kerja khidmat sosial, kebajikan dan kemasyarakatan juga perlu diberikan perhatian.
âIni penting supaya nilai kemanusiaan tidak terhakis dari dalam diri mereka,â katanya.
Beliau berkata, pendekatan itu juga diharap dapat mendekatkan pelajar dan kakitangan PMM bersama golongan sasar.
âSaya bersyukur kerana komitmen ditunjukkan mereka sangat baik. Sedikit sebanyak program ini menjadi kaedah terbaik bagi warga PMM berbakti kepada masyarakat,â katanya pada program yang berlangsung 6 hingga 10 Januari lalu.
Rashidah berkata, antara kerja dilakukan pada program berkenaan melibatkan beberapa skop kerja seperti membaik pulih bumbung, pintu, sistem perpaipan, tingkap, mengecat, lantai, pendawaian dan elektrik.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment