Ustaz Wadi Anuar dipindahkan ke HRPB

Friday, January 5, 2018

Ustaz Wadi Anuar dipindahkan ke HRPB

Ustaz Wadi Anuar dipindahkan ke HRPB

TAIPING: Pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, yang terbabit kemalangan petang kelmarin dipindahkan dari Hospital Taiping ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang tadi bagi menjalani rawatan lanjut.

Wadi Anuar, 35, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Bagan Serai jam 7.04 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua lagi penceramah yang juga pemandu kenderaan, Mohd Murtadza Mohd Yussof, 30, turut parah, manakala rakannya Muhd Hambali Zulkifli, 28, dan bapa kepada Mohd Murtadza, Mohd Yussof Ahmad, 62, penumpang belakang turut cedera.

Adik Mohd Murtadza, Mohamad Yaakub Yusra, 27, berkata, Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang semalam.

Katanya, abangnya pula masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan, semalam.

"Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment