Siasatan Vertice: MACC tidak jejas kemajuan projek terowong
KUALA LUMPUR â" Vertice Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Voir Holdings Bhd, firma peruncit fesyen dan pembinaan, hari ini menegaskan bahawa laporan media mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang, tidak memberi impak ke atas kemajuannya.
Projek itu merupakan komponen penting Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Vertice berkata, peranan syarikat sekutu 13.2 peratus milik Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, sebagai kontraktor utama projek terowong itu, akan diteruskan mengikut rancangan.
âAntara usaha kepelbagaian syarikat, hasil utama kumpulan adalah daripada projek pembinaan yang diperoleh dan dilaksanakan oleh unit milik penuh 100 peratusnya, Vertice Construction Sdn Bhd, yang memperoleh projek pelbagai yang bernilai lebih RM100 juta beberapa bulan lepas,â katanya.
âKami menjangkakan momentum pertumbuhan ini akan berterusan dalam tahun kewangan 2018 dan seterusnya, dan oleh itu prestasi kewangan Vertice tidak teruk terjejas oleh berita yang dilaporkan,â katanya. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment