Seorang remaja lemas, dua hilang di Sungai Pedas

Monday, January 1, 2018

Seorang remaja lemas, dua hilang di Sungai Pedas

Seorang remaja lemas, dua hilang di Sungai Pedas

REMBAU: Seorang remaja ditemui lemas, manakala dua lagi rakannya hilang selepas mandi di Sungai Pedas di Kampung Sungai Merbau 9, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari, berkata Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemui di dasar sungai pada jam 10.03 malam tadi.

Bagaimanapun katanya, dua lagi rakannya,

Muhammad Alis M Sadri dan Muhamad Syafiq Rosli yang masing-masing berusia 15 tahun, belum ditemui.

"Mereka bersama seorang lagi rakan, Haikal Najmi Azhar, 15, yang terselamat ke sungai itu jam 4 petang untuk mandi dan menjala ikan.

"Haikal memberitahu sebaik selesai menjala ikan dia naik ke tebing dan ketika itu dia nampak tiga rakannya tiba-tiba dibawa arus deras," katanya di sini, tadi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang.

Katanya, 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Senawang dan Teluk Kemang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

"Operasi akan diteruskan hingga jam 12.30 tengah malam ini dengan bantuan unit penyelam. Jika mangsa masih belum ditemui, operasi akan diteruskan semula pada jam 7.30 pagi esok," katanya.

Katanya, pihak yang turut terbabit dalam operasi itu adalah polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment