'Berhenti sejenak, jangan asyik berpolitik 24 jam'

Sunday, January 14, 2018

'Berhenti sejenak, jangan asyik berpolitik 24 jam'

'Berhenti sejenak, jangan asyik berpolitik 24 jam'

SHAH ALAM - Politik adalah satu mekanisme,selayaknya ia adalah untuk penyatuan rakyat, membina negara, membenih kesejahteraan masyarakat dan memelihara keselamatan negara dan seluruh penghuninya.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, jika begini cara politiknya, maka damailah dunia.

"Meskipun dalam perbezaan dan berlainan arah jalan. Ia boleh bertemu pada hentian bersama untuk mencari kedamaian dan keharmonian," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian, bagi mengulas saranan penganalisis politik Norizan Shariff yang meminta agar parti politik mengembalikan kewarasan dalam berpolitik.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kembalikan kewarasan politik kita]

Mengulas lanjut, katanya malangnya, apabila politik digunakan oleh pengguna yang salah, ia dijadikan alat untuk mengejar cita-cita peribadi.

Justeru katanya, mereka tidak memasukkan elemen spiritual atau unsur syurga neraka dan dosa pahala dalam politik mereka.

"Akhirnya inilah yang menyebabkan sang politikus hilang kewarasan. Sebahagiannya stress berdepan dengan tekanan situasi politik tanpa henti ini,  lalu bingkas bertindak luar kawal. Mengeluarkan kenyataan dan ucapan maki hamun dan menyemarakkan api pertelingkahan," katanya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua ahli-ahli politik, khasnya kepada beliau sendiri supaya Kembalilah kepada asas kenapa manusia memerlukan politik.

"Bukan menjadikan politik sebagai jambatan melampiaskan nafsu manusia yang tidak pernah puas.

"Manusia perlu kembali kepada “keperluan” bukan hanyut dalam arus membinasakan mereka lantaran terjebak dalam perkara yang tidak diperlukan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :

sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment