Sedia letak jawatan jika didapati bersalah

Tuesday, January 16, 2018

Sedia letak jawatan jika didapati bersalah

Sedia letak jawatan jika didapati bersalah

BANGKOK รข€" THAILAND. Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya  bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand  (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan," kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontrovers itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

"Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam  tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya," kataPrawit. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment