Raub masih banjir
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir kilat di daerah Raub meningkat pagi ini apabila seramai 69 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan.
Jumlah berkenaan bertambah berbanding malam tadi, iaitu seramai 49 orang membabitkan 12 keluarga.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata penempatan mangsa itu dinaiki air akibat banjir kilat sejak pagi semalam, menyebabkan mereka dipindahkan ke pusat pemindahan Masjid Jamek Semantan, Balai Raya Kampung Tersang dan Surau RRM Cheroh.
Katanya, keadaan itu menjadikan jumlah mangsa banjir di seluruh Pahang kini seramai 383 orang, membabitkan 97 keluarga.
"Setakat jam 9 pagi tadi, semua mangsa ini masih ditempatkan di lapan pusat pemindahna di empat daerah," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain di Raub, 308 mangsa daripada 78 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di daerah Pekan; tiga mangsa daripada satu keluarga di Balai Raya Kampung Baru Pertanian di Maran dan tiga mangsa juga daripada satu keluarga di Dewan Terbuka Kampung Kuala Serau di Lipis.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment