Peniaga pasar malam hidup mewah
SEGAMAT - Peniaga pasar malam di daerah ini disaran sentiasa memajukan diri selaras dengan kehendak semasa pelanggan, supaya perniagaan yang diusahakan berkembang pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, beliau yakin peniaga pasar malam mampu menerima pendapatan melebihi mereka yang bekerja makan gaji sekiranya gigih berusaha memajukan diri.
âKebanyakan ahli perniagaan ternama di negara ini sebenarnya bermula dari bawah dengan menjadi peniaga kecil. Apa yang harus dilakukan adalah bijak merebut peluang dalam perniagaan dan jangan terlalu memikirkan halangan yang bakal dihadapi.
âTiada rahsia mencapai kejayaan dengan jalan yang singkat dan peniaga perlu berpegang kepada prinsip asas, iaitu 70 peratus perniagaan bergantung kepada kerja keras dan 30 peratus bergantung kepada faktor lain,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali Keempat Persatuan Peniaga Pasar Malam Daerah Segamat (PPPMDS) di Hotel VIP, di sini, malam kelmarin.
Turut hadir Pengerusi PPPMDS, Abdul Rahman Abdul Hamid dan Ahli Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Nohor Kunchi Mohamed.
Pada masa sama, beliau menggesa peniaga kecil di daerah ini supaya mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk terus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di daerah ini.
âBagaimanapun, peniaga tidak seharusnya bergantung kepada bantuan yang diberikan kerajaan semata-mata, namun perlu mengambil inisiatif sendiri agar keluar dari kelompok penerima bantuan.
âTidak perlu ada rasa rendah diri kerana menjadi peniaga kecil dan pasar malam, sebaliknya berusaha mengembangkan perniagaan serta mewujudkan jenama diri sendiri,â katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, sehingga ini terdapat kira-kira 200 ahli PPPMDS yang berniaga di 11 lokasi pasar malam di daerah ini, dan berharap persatuan yang ditubuhkan sejak 2013 itu menjadi medan untuk setiap ahlinya membantu di antara satu sama lain.
Ujarnya, PPPMDS juga akan sentiasa berusaha memperbaiki dan membangunkan ahlinya dalam perniagaan, selain memastikan kebajikan serta suara peniaga kecil sentiasa dijaga, didengari.
âSetakat ini kami mendapat kerjasama baik daripada pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya juga minta semua ahli lebih komited dalam persatuan agar segala perancangan dapat dilaksanakan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment