Peniaga barangan kosmetik mati kena kelar

Friday, January 5, 2018

Peniaga barangan kosmetik mati kena kelar

Peniaga barangan kosmetik mati kena kelar

SHAH ALAM - Seorang peniaga barangan kosmetik maut selepas dikelar di leher dalam kejadian di Jalan Cermat 25/36 Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 9.05 malam itu, mangsa, Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, bersama seorang wanita tempatan dan dua pekerja warga Indonesia sedang berniaga di pasar malam tersebut sebelum diserang empat lelaki warga Indonesia.

"Mangsa diserang dengan pisau dan mati di lokasi kejadian.

Polis memeriksa keadaan mangsa yang maut di lokasi kejadian selepas diserang empat lelaki warga Indonesia. - Foto Ihsan Pembaca

"Salah seorang pekerjanya yang cuba membantu, luka di kepala dan dihantar ke hospital, "katanya.

Menurutnya, polis menahan seorang wanita tempatan dan seorang pekerja mangsa bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian belum diketahui dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment