Pemisah lorong basikal dipasang dalam tempoh dua minggu

Monday, January 29, 2018

Pemisah lorong basikal dipasang dalam tempoh dua minggu

Pemisah lorong basikal dipasang dalam tempoh dua minggu

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang semula pemisah lorong basikal baharu yang lebih selamat secara berperingkat dalam tempoh dua minggu di beberapa kawasan di sepanjang laluan basikal di sekitar ibu kota.   

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, pihaknya akan menggunakan pemisah lorong basikal jenis ‘flexi-post’ bagi menggantikan 'rubber separator' yang digunakan sebelum ini.

"Pemisah laluan basikal 'flexi-post' itu mempunyai elemen keselamatan yang tinggi dan turut berfungsi sebagai pemantul cahaya pada waktu malam bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya tentang laluan basikal itu.

“Ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin terutamanya pada waktu malam serta memastikan kenderaan selain basikal tidak dibenarkan masuk ke lorong khas tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas menghadiri Pengumuman Kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, DBKL dan Alibaba Cloud Malaysia  berhubung  ‘Malaysia City Brain’ di sini, hari ini.

Katanya pemasangan itu akan melibatkan jarak 11.9 kilometer.

"Buat masa sekarang, pemisah lorong basikal jenis 'rubber separator’  yang dipasang sepanjang tiga kilometer itu telah ditanggalkan atas keselamatan pengguna jalan raya dan lorong itu hanya akan dibuka semula untuk penunggang basikal pada 1 Februari ini," katanya.

Ditanya mengenai penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang menggunakan lorong basikal khas itu, Mahadi berkata pihaknya akan mengkaji semula mengenai perkara tersebut.

"Buat masa sekarang hanya warna biru dan tanda basikal yang ada pada lorong itu akan memberi peringatan kepada pengguna jalan raya sepertimana lorong bas yang ada di sekitar ibu kota," katanya.

Pada 22 Januari lalu, DBKL bertindak membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) ​​​​​​di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Sebelum ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daalam kalangan masyarakat  tentang kewajaran projek tersebut. â€" Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment