Pemandu lori maut kemalangan

Tuesday, January 9, 2018

Pemandu lori maut kemalangan

Pemandu lori maut kemalangan

BANDAR SERI JEMPOL - Pemandu lori yang terbabit kemalangan dengan sebuah bas sekolah petang tadi disahkn meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol hari ini.

Kejadian di Kilometer 22 jalan Bahau- Kemayan dipercayai berlaku apabila bas tersebut dari arah Lui menghala Kemayan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, dalam masa sama datang sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 32 dan kelindan lori berusia 19 tahun dari arah bertentangan.

"Akibatnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan pemandu dan kelindannya tersepit ditempat duduk hadapan sehingga menyebabkan kecederaan parah.

"Manakala, empat pelajar sekolah berusia antara 15 hingga 17 tahun mengalami kecederaan ringan , pemandu lori pula tidak cedera," katanya yang mengesahkan laporan, sebentar tadi.

Muhd Nur Hishamudin berkata, walaubagaimana pun, pemandu lori dikenali sebagai Lee Yang Wee disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital disini kira kira jam 6.50 petang.

"Kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment