Murid terkandas dibawa guna traktor

Tuesday, January 2, 2018

Murid terkandas dibawa guna traktor

Murid terkandas dibawa guna traktor

GUA MUSANG - Pengurusan Felda Aring 5, memutuskan untuk menghantar murid Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, yang terkandas akibat banjir menggunakan traktor.

Pengurusnya, Azahari Muhammad berkata, keputusan itu diambil supaya murid dari Aring 5, dapat ke sekolah dan meneruskan sesi pembelajaran.

"Kita akan membawa murid yang terkandas ke seberang jalan yang tenggelam menggunakan traktor.

"Setibanya di seberang, murid terbabit akan diangkut menggunakan van dari felda Aring 4. Ia adalah satu-satunya cara yang ada bagi membolehkan anak-anak ke sekolah," katanya.

Keputusan itu dibuat apabila seramai 68 murid sekolah dari Felda Aring 5, gagal hadir ke sekolah kerana laluan utama ditenggelami air semalam akibat hujan yang berlarutan.

Dalam pada itu, tinjauan yang dibuat di kawasan berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Abdullah Daud dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff.

Sementara itu, Mohd Yussalmi berkata, pihaknya akan menghantar bot bagi kegunaan murid sekolah sekiranya air masih melimpah.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment