Mangsa lemas masih belum ditemui
KOTA BHARU - Pelajar tahun enam yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pak Limah Salor, di sini sejak tiga hari lalu masih belum ditemui dan operasi mencari mangsa masih diteruskan.
Alif Aiman Mohd Adli, 12, hilang selepas dikatakan tergelincir di sungai itu pada jam 4.10 petang, kelmarin dan ketika itu dia dipercayai mahu membasuh kaki.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan Penguasa Bomba Kanan II Syobirin Abd Kadir berkata, pihaknya menghentikan operasi pada jam 7 petang tadi.
Namun menurutnya, seorang pemancing mendakwa melihat mayat seorang kanak-kanak timbul di Sungai Tendong, Pasir Mas petang tadi.
"Operasi pencarian dilakukan pada jam 8 malam dalam jarak lebih 12 kilometer dari lokasi mangsa jatuh dari Salor ke Sungai Kelantan di Lembah Sireh.
"Setakat ini kita berusaha mencari mangsa dan jika ada petunjuk baru operasi akan diteruskan, " katanya.
Arus sungai pada masa ini sangat deras dan jika membahayakan, kita akan menghentikan operasi.
"Kita akan disambung operasi pada jam 8 pagi esok," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Alif Aiman dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika sedang membasuh kaki di Sungai Kelantan di Kampung Pak Limah, Salor petang kelmarin.
Mangsa bersama empat rakannya ke kawasan tebing sungai itu untuk bermain dan mangsa dipercayai tergelincir ketika sedang membasuh kakinya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment