Latih belia kuasai kemahiran membantu
HULU TERENGGANU - Kewujudan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) berperanan melatih para belia dan remaja menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan pelajar lain yang perlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosi selain turut melatih mereka membantu diri sendiri.
Menggunakan pendekatan pelajar bantu pelajar, PRS merupakan orang yang paling rapat dan dapat memahami masalah dihadapi remaja atau seseorang, memberi nasihat sekali gus mampu memberikan suntikan motivasi serta semangat.
Melihat peranan serta kelebihan itulah, 10 PRS Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diberikan kepercayaan sebagai fasilitator mengendalikan Program Motivasi dan Pemantapan Matlamat Sebagai Pelajar Cemerlang di Taman Pertanian Negeri, Sekayu.
Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA berlangsung selama sehari itu melibatkan penyertaan 60 pelajar Tingkatan Dua dan Empat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang.
Ketua Unit Kaunseling UniSZA, Rosni Mohammad berkata, program berkenaan bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga sosial.
Menurutnya, para fasilitator membantu pelajar sekolah mencungkil potensi diri dan menanamkan sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar.
âBerdasarkan aspek tersebut pelajar mampu bertanggungjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan.
âIndividu yang tahu nilai diri dan kelebihan serta kelemahan akan lebih berkeyakinan, berfikir lebih positif dan produktif dalam menghadapi sebarang halangan sebagai pelajar yang berjaya," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment