Kongsi idea dalam suasana santai di Singapura
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji hidangan enak yang disajikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching.
Selain memuji keenakan makanan malam itu, beliau bersyukur beliau dan rakan sejawatannya dapat berkongsi banyak perkara dalam suasana santai di negara jiran itu.
"Saya dan isteri dijamu makanan enak oleh Perdana Menteri Singapura dan isterinya. Ini satu pertemuan santai dan bermakna antara satu sama lain," katanya menerusi kiriman di Twitter, @NajibRazak.
Terdahulu, Najib menzahirkan rasa bangga menyaksikan pembukaan rasmi dua projek ikonik yang dibangunkan secara bersama kedua-dua negara iaitu Marina One dan DUO, hari ini.
Projek bersepadu Marina One dan DUO dimiliki bersama syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Pte Ltd (Temasek).
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment