Klavan wira Liverpool

Monday, January 1, 2018

Klavan wira Liverpool

Klavan wira Liverpool

LONDON: Jaringan lewat Ragnar Klavan membolehkan Liverpool mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Turf Moor, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp melebarkan rekod tanpa kalah The Reds kepada 16 perlawanan dalam semua pertandingan.

Jaringan pada minit ke-61 daripada Sadio Mane, membolehkan Liverpool mendahului tuan rumah.

Johann Berg Gudmundsson menanduk masuk gol penyamaan buat tuan rumah pada minit ke-87 yang hampir mengecewakan Liverpool sebelum pertahanan Estonia, Klavan menyudahkan bola berpunca daripada tandukan Dejan Lovren.

Klopp melakukan tujuh pertukaran berbanding ketika menewaskan Leicester City, Sabtu lalu dengan Mohamed Salah dan Philippe Coutinho terpaksa disisihkan kerana kecederaan, manakala penyerang, Roberto Firmino bermula di bangku simpanan pada aksi sebentar tadi. - REUTERS



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment