Kesal kenyataan Tun M isu pemecatan Tun Salleh Abbas
JOHOR BAHRU - Majlis Penyelaras Gabungan NGO Johor (Gabung Johor) kesal dengan dakwaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas mempunyai kaitan dengan Yang Dipertuan Agong ketika itu.
Naib Presidennya, Abdullah Md Yusof berkata, pihaknya juga menyifatkan kenyataan berkenaan seolah-olah mahu menyelamatkan diri dan amat biadab apabila meletakkan kesalahan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Menurutnya, Tun Mahathir juga jelas tidak menghormati institusi diraja serta dilihat seperti retorik politik semata-mata selain perkara itu hanya dibuat sebagai satu lakonan untuk terus memperdayakan rakyat.
"Gabung kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang sanggup mengaitkan Almarhum Sultan Iskandar yang sudah mangkat dan tidak adil bagi Almarhum Tuanku kerana tidak berpeluang untuk mempertahankan tohmahan tersebut.
âPerkara itu memang biadab. Bila ditanya mana bukti boleh pula dia cakap surat sudah hilang, budak tidak kenal politik sahaja hanya akan percaya beliau dipaksa Agong untuk membuat perkara itu,â katanya pada sidang media, di sini.
Abdullah berkata, pihaknya juga menafikan terdapat tangan politik yang menyokong kenyataan yang dikeluarkan kerana ia dibuat kerana sensitiviti masyarakat di Johor.
âKita buat macam ini kerana ia melibatkan keperibadian Sultan Iskandar yang kami Bangsa Johor amat sayangi bukan memihak mana-mana tangan politik. Sesiapa yang mahu pertahankan Tun boleh datang, kita bersemuka.
âSesungguhnya kami amat kesal dengan dakwaan itu yang mana dikeluarkan oleh seorang yang dilabel negarawan. Sangat biadab,â katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mengecam tindakan Mahathir yang sering membangkitkan isu Forest City seperti sudah ketandusan idea.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment