Jualan kereta Britain menurun kerana skandal?
ENGLAND - BRITAIN. Skandal Volkswagen dilaporkan antara sebab utama penurunan penjualan kereta yang pertama di Britain dalam tempoh enam tahun.
BBC melaporkan, kerisauan dengan peningkatan pelepasan gas nitrogen oksida (NOx) oleh enjin diesel juga menjadi sasaran aktivis udara bersih.
Skandal Volkswagen yang pertama dilaporkan pada 2015 pula melibatkan penipuan penjualan kereta enjin dieselnya yang mengandungi peralatan sulit untuk mengubah hasil ujian pelepasan karbon.
Syarikat berpusat di Jerman tersebut mengaku menipu dalam ujian pelepasan karbon di Amerika Syarikat, kata BBC.
Skandal Volkswagen bukan sahaja mendedahkan salah laku yang disengajakan, malah ia menimbulkan keraguan mengenai dakwaan enjin diesel lebih jimat dan kurang melepaskan gas karbon dioksida berbanding enjin petrol.
Kata pakar, kenaikan cukai melibatkan kenderaan enjin diesel baharu yang dikuatkuasakan April tahun lepas memberi kesan mendalam terhadap hasil jualan.
Sementara itu, penjualan kereta enjin hybrid dan elektrik mengalami peningkatan mendadak sehingga 34.8 peratus.
Aktivis alam sekitar, Tony Juniper mengatakan orang ramai mula sedar mengenai kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar dan perubahan iklim.
Bagaimanapun, penjualan kereta elektrik masih lagi terlalu kecil jika dikira dari kadar keseluruhan melibatkan enjin petrol dan diesel.
Dari jumlah 2.5 juta kenderaan yang dijual pada 2017, hanya 13,500 yang menggunakan enjin elektrik.
"Penjualan kereta elektrik meningkat dengan mendadak tetapi ia masih lagi menghadapi cabaran," jelas Juniper.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment